scroll down for these recent entries ♥

My babies :)



After a long wait heh? This is my baby. I panggil Baby Kancil. Hehe. Perjuangan mendapatkan hak penjagaan ke atas Baby Kancil ini sangat mencemaskan, harap maklum. Hahaha.

It's a Kancil converted to Mira. A manual gear car. White in colour (as you can see). Roof dia kena potong sikit dan ganti dengan cermin so bila buka roof atas tu waktu siang, memang cerah gila dalam kereta. Nasib baik cermin dekat bumbung kereta tu tak boleh buka. Kalau boleh buka, dah lama buat ala-ala macam filem hindustan tu. Tiba-tiba terjojol kepala dekat bumbung kereta sambil lepaskan rambut lepas tu nyanyi lagu poco-poco. Side mirror kereta ni pun jenis automatik. Lagii.. Dashboard tak macam dashboard Kancil biasa macam yang you all boleh tengok atas tu. Seat pun tukar habis. Tayar pun bukan macam tayar Kancil biasa. Lebih besar sikit. Memang banyak modifiedlah.

Inilah kereta peneman setia penghibur waktu suka dan duka. Terima kasih, ayah :)

Seterusnya, my baby hamster.




COMELNYAAAAA :D

Yang tidur atas roda warna pink itu LALA. Khusyuk sangat tidur sampai kepala cecah lantai sangkar. Lala itu jantan. Bulu dia ada tiga warna. Hitam, orange dan putih. Yang gambar paling akhir, itu BABY. Hamster betina. Bulu warna orange dan putih saja. Cute, no? :)
Blog Widget by LinkWithin

Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku.

Baru saja balik dari training. Insya'ALLAH everything is under control, I hope. Cuma rasa bersalah sangat dekat Dayah sebab if only she told me earlier yang Kak Faddy dah datang, saya buat appointment dengan pakcik yang nak tengok-tengok condition kereta saya lebih awal. So hari ini sepatutnya kami spend time together dengan Kak Faddy. Jauh-jauh datang sini. Mula-mula seriously saya ingat tak jadi sebab I was told that 6hb Kak Faddy datang. Bila 6hb tu tak datang lagi, so ingat memang tak datang. Rupanya 7hb baru sampai, itupun saya dah buat appointment dengan pakcik tu. If onlyyy..

About the car, memang dah tak boleh tangguh dah. Petang tadi gagahkan diri juga pergi (ikut hati memang nak tidur je). Nak ajak Amy, Amy tidur tak sedar. Aku paling malas nak kacau orang tidur. Mesej Dayah minta teman, dia kata baru balik dari kampus so okey she must be very tired so fine. Ajak Teh dan dia sudi temankan. Fuh. Lama juga. Dalam hampir 3 jam juga. Dalam tempoh tu, saya dengan Teh borak macam-macam. Tentang family msing-masing, tentang kejadian semalam tentang konflik siapa nak dijadikan Ex-Officio untuk program Sambutan Ulangtahun Pemasyuran DPP SME Bank, tentang siapa yang lebih layak sebenarnya untuk memegang title ketua untuk setiap biro untuk program mega tersebut : samada mantan JPMDPP yang lebih berpengalaman, atau current JPMDPP who actually holding the official jawatan okey I don't know what jawatan in English okey don't laugh hepppp don't laugh.

Kereta dah settle dah. Cuma esok saya tak tahu macamana plan sebenar mereka untuk keluar. I got another thing to do here but still I want to be with them. Banyak lagi benda belum settle tapi mungkin boleh minta tolong orang lain uruskan so maybe fine. But I have to rush back to DPP before 5PM @_@ That's COMPULSORY. I got event on 8.30 PM, remember? Maybe biar je mereka keluar, and I'll have the whole day at DPP. Tak senang hati suruh orang buat itu ini tapi saya keluar enjoy di luar.. T_T

Tadi jog (lebih banyak walking je) dengan Amy dan Teh. Malam training dekat studio, then rehearsal sekejap dekat Dewan Kachi lepas tu sambung training. Esok malam, selesai saja performance, terus naik ke DPP dan meeting. Supposed bincang dulu dengan Mai dan Teh tentang agenda meeting, tapi entah bilanya nak jumpa. Tapi memang kena jumpa. Tak boleh tak jumpa dulu Exco dan TE BKK ni. Dan tak boleh tangguh dah sebab cuti dah nak naik. Cuti mid-semester selama seminggu. Saya nak jumpa awal untuk inform something so bila cuti habis nanti, they will be physically and mentally prepared.

Rabu, walaupun kelas full, tapi kena cari juga masa untuk buat appointment balik dengan pakcik tu untuk settle hal rent payment pula. Khamis kena keluar ke Alor Setar pula untuk settle hal hantar baju penari dan juga payment. RM260 you. This week memang sangat-sangat busy. I hope cuti midsem ni akan bagi saya relax sikit.

Urgh. Now I miss playing with Baby and Lala. Sekarang hanya sempat feed them, dan pandang telatah mereka dari luar sangkar saja. I am so sorry babies T_____T.

Feel sorry for myself too. Life's getting harder and keeping myself busy is such an escape.
Blog Widget by LinkWithin

First step of many steps later :)

Macam biasalah kan kalau ada event je mesti bilik macam tongkang pecah punya. Hish bakal isteri siapalah ni. HAHAHAHAHA Tabiat yang kurang elok.

Okey. As you can see in my calendar dekat sidebar, ada tertulis "6 Feb '10: Show for COLGIS event at Jitra" bukan? Iaitu semalam. COLGIS event yang saya katakan itu adalah Grand Dinner untuk lecturer-lecturer untuk student COLGIS UUM yang ambil master, if I'm not mistaken.

Kronologinya, selepas dapat request dari Encik Raz untuk buat show dekat hotel (maaf tak ingat nama hotel) yang baru saja dibuka baru-baru ni, 28hb Januari Mai dan timbalannya, Teh, buat audition untuk pencarian bakat baru lah kan. So okey dah jumpa dalam 8 orang. Ahli Audirasari lama tolong train joget untuk bagi lembut badan diorang malam tu.

Esoknya 29hb Januari, second training. Ajar diorang basic zapin dan other dance, pilih-pilih lagu dan rilek-rilek saja.

Two days after, 31 Januari, ada lagi penambahan dalam beberapa orang dan siap sekali dengan pembahagian penari dan pilihan lagu. Dan aik step pun dah ada. Walaupun simple, tapi masih nice saja. I was told that Encik Raz nak tarian Melayu, Cina, India dan satu lagi tarian dari etnik lain, dan mereka pilih tarian Jawa.

Malam-malam seterusnya diteruskan dengan aktiviti-aktiviti menari dan training. Biasanya, saya peruntukkan masa saya untuk mengupdate blog setiap malam, tapi since tiap malam balik lewat dan balik pun dalam keadaan penat, saya buka saja Blogger, Twitter, Facebook, dan lain-lain. Tapi update tak.

3hb Februari, pelan A. Saya dan Teh janji jumpa selepas kelas saya habis 11AM dan terus ke PBS hantar surat untuk permohonan penyewaan baju. Sepatutnya melalui Encik Huzaidy, Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM, tapi sebab Encik Huzaidy tak ada, terus approach Encik Jamil. Salah seorang staf merangkap trainer dekat PBS. Jurulatih khas Bidasari. Juga yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar yang tak akan saya lupakan kerana keputusan saya dulu untuk menyertai Bidasari-lah yang telah menjadikan saya seorang Fina yang sekarang. Yang you guys kenal sebagai orang yang pakar bahagian persembahan dan menjadi salah seorang trainer (salah seorang trainer sebab, I don't want to take all the credit) untuk penari-penari kolej dan apa-apalah berkaitan persembahan. Itulah Encik Jamil atau kami panggil Encik Mil. Peramah, mudah mesra dan baik hati. Tapi sayang, PBS tak boleh nak sewakan baju-baju penari Bidasari sebab pada hari yang sama, Bidasari juga memerlukan banyak baju-baju tersebut sebab ada 60 orang penari yang terlibat untuk event lain. Cuak cuak.

So saya dan Teh sit down and think. Waktu tu juga minta Teh call Encik Raz untuk set appointment dengan beliau dan bincang semua yang patut. Lepas tu balik DPP hantar Teh dan saya terus makan. Petangnya, Teh bawa khabar gembira yang Encik Raz dah luluskan belanjawan yang kami buat, dan bagi contact number rakan dia di Wisma Darul Aman dekat Jabatan Kesenian untuk kami berurusan terus, tanpa prosedur-prosedur rasmi yang mungkin melecehkan. Alhamdulillah.

4hb Januari tu, saya drive ke Alor Setar dengan Dayah dan Teh. Dengan tak tahu jalan nak ke Wisma Darul Aman, kami redah je dan akhirnya jumpa!

Malam tu Malam Gemalai Tradisional. Audirasarians menang juara! Tahniah you guys, and sorry I can't be with you this time.

There were some minor things happen, actually. Tapi tak state dekat sini pun tidak apa. Contoh macam tersesatlah, kami datang terlalu awal so kena tunggu lagi sejam lah, harga peminjaman baju dah naik la, baju tak cukuplah, perubahan saat akhir, .. Banyak lagilah. Ingat hari yang kami tempuhi 4 Januari itu sesuatu yang senang? Heh.

5hb Januari, praktis praktis praktis.

6hb Januari, hari kemuncak. Dengan 16 orang penari yang perlu dimekapkan dan disiapkan baju dan setting kepala, 3 jam itu sebenarnya tidak cukup. 16 penari tu tak termasuk lagi penari India tapi diorang mekap dan urus group mereka sendiri so saya tak count mereka sekali dalam list yang perlu dimekap dan semualah. Nasib baik Dayah, Cuya, Mai, Teh dan Amy turun sekali jadi pegawai pengiring. Dayah dan Cuya dah tolong pakaikan foundation dekat budak-budak tu, dan tolong mekap sekali termasuk Mai. Amy tolong urus bahagian teknikal, dan Teh urus bahagian logistik eceh cehh.

Gerak dalam pukul 6 lebih juga. Sejam lewat dari perancangan asal. Sampai saja, keadaan sedikit tensed sebab dah nampak dah tahap performance budak-budak ni at the actual setting. Encik Raz sampai risau-risau dah sebab beliau boleh nampak the girls tak ready lagi. Waktu tu juga semua tiba-tiba jadi fokus, buat latihan. Sampaikan gara-gara terlalu nakkan perfection, ada yang menangis. Ada yang tarik diri. Huhhh. First time performance eh girls? It's okey. More to come after this. You'll improve yourself as this is your first step of many steps later ..

Satu-satu persembahan bermula dengan lagu Cinta Sayang sebagai lagu overture (pembukaan) keluar. Kemudia lagu joget, kemudian lagu cina, lepas tu lagu India, dan akhir sekali lagu Jawa. Keluar saja semua dengan muka lega campur teruja campur ceria. All emotions blended randomly and it was such a feeling, right guys?

And actually, they did it quite well. For a beginner :)

SELESAI. Dah boleh tidur. Gambar-gambar saya update later kalau rajinlahkann.
Blog Widget by LinkWithin

Pagi tadi satu nombor international try to reach my phone.

Awal pagi tadi terbangun sebab bunyi handset yang kuat and oh .. rupanya mama yang call. Now my ma is in Jakarta having a vacation with her friends. Bawah kelab Puspanita. She called around 6 AM dan waktu itu saya masih atas tidur atas katil balas dendam berhari-hari tak cukup tidur @_@ Saya akan cerita tentang my last event but now saya kena post entri ini sebab jari saya gatal nak post ini entri. Apakah :P

Today she's gonna spend her day dengan membeli souvenir untuk keluarga. Mama yang dah tahu saya peminat fanatik kebaya, terus direct tanya, nak kebaya warna apa? HAHAHA. Ma sangat memahami anaknya. And guess what? Mama kata kebaya indonesia cantik sangat-sangat dan cuma RM70 saja. OH kalau kebaya cantik bersulam-sulam here and there, siap blingbling dekat Malaysia, confirm over RM100 kau. Tak mustahil over RM150. A businesswoman as my ma is, mesti mama beli dan bawa pulang kebaya-kebaya tu untuk dijual.

Pagi tadi, dalam keadaan mamai, saya cakap nak kebaya warna merun. Bangun dan .. okey tadi bangun je terus teringat kereta yang masih terparking dekat parking staf homaigod kena pindahkan cepat-cepat sebelum kena saman @_@ kata saya dalam hati. Nasib baik agak baik dan dikenali oleh orang-orang pejabat kalau tak confirm kena saman. By the way, sebab dikenali itulahhh saya dapat sticker kereta UUM. Untungnya jadi JPMDPP :*)

I called mama, dan bincang warna apa saya nak. Mama suggest hijau. Tapi saya dah ada dua helai T_T Mama suggest orange, tapi saya dah ada yang itu juga. Merun itu tak ada tapi saya dah ada kebaya yang warna dia hampir kepada merun. Hitam pun dah ada. Ungu pun dah ada tapi honestly, saya kurang berminat pada ungu. Asal pakai baju ungu je saya mesti rasa macam tak sesuai (.. it makes me look fat).

So I go for white kebaya. Is it okey?

Blog Widget by LinkWithin

Kesibukkan.

I.AM.VERY.BUSY.
NO.BLOGGING.
Blog Widget by LinkWithin

Azam Februari.

Sementara tunggu next class. Nak update blog lah jap. Tapi untuk entri ini, saya masih memerlukan. Bantulah Gadis Keliru huhuhu. Okey dah mula dah berhuhuhu. Gedik pula rasanya T_____T


Eh Ayu ko dapat teka ek B tu siapa? Jangan silap teka tau :P


Entri ini update tentang life.


Hidup mencemaskan akhir-akhir ni sebab?? Tidur tiap petang T_T Tak suka dan rasa macam tak sihat okey. Merasakan hidup ini tunggang langgang terbalik macam tak boleh diselamatkan lagi tapi saya kena jadi watak heroin dalam filem ini untuk menyelamatkan keadaan ewah. Tiba-tiba wujud perkataan filem dalam perenggan. Apakah.


Dah banyak hari okey. Banyak hari yang mencemaskan merasakan hidup tunggang langgang terbalik macam tak boleh disela .. Haruskah ku ulangi??? HAHAHA. Kenapakah otak bengong? Saya ada jawapannya. Sebab, gara-gara tidur petang, maka malam tak dapat nak tidur awal. Kemudian esoknya kena bangun awal pula untuk ke kelas. Kelas pagi tadi presentation dari rakan sekelas. Saya tersengguk-sengguk. Padahal sebelah itu lecturer.


Hari ini, saya TAK BOLEH tidur petang. Azam bulan baru. Azam Februari.
Blog Widget by LinkWithin

since 30th of May 2009